Sejarah Schnauzer gergasi

Schnauzer gergasi pertama muncul dari Schwaben di negeri Bavaria di Jerman dan Württemberg pada abad ke-17.[9] Schnauzer gergasi asli ini dianggap sebagai versi berbulu kasar bagi baka-baka pincer Jerman dan bulunya disangkakan membantunya untuk menahan musim sejuk Jerman yang mencabar dan gigitan daripada haiwan perosak. Asal usul baka ini tidak jelas, tetapi sumber berspekulasi bahawa ia berasal melalui sesetengah gabungan anjing besar Denmark hitam, anjing gembala Jerman, anjing Rottweil,[1] anjing Dobermann,[1] bokser,[1] anjing lembu Flandre,[1] anjing gembala Thüringen,[2] dan schnauzer piawai.[2]

Schnauzer gergasi pada asalnya dibiakbakakan sebagai anjing ladang serba guna untuk penjagaan harta benda dan penggiringan haiwan ke pasar.[10] Menjelang permulaan abad ke-20, schnauzer gergasi digunakan sebagai anjing pengawal di kilang, di kilang bir, pejagalan, dan kurungan ternakan di seluruh Bavaria.[1][9] Ia tidak terkenal di luar Bavaria sehingga ia digunakan sebagai anjing ketenteraan dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.[1][9] Schnauzer gergasi pertama diimport ke Amerika pada tahun 1930-an, tetapi ia kekal jarang sehingga tahun 1960-an,[11] apabila baka ini menjadi popular. Pada tahun 1962, terdapat 23 ekor schnauzer gergasi baharu yang berdaftar dengan American Kennel Club; pada tahun 1974, bilangan ini ialah 386; pada tahun 1984, bilangannya melebihi 800 dan pada tahun 1987 terdapat sekitar 1000 ekor haiwan.[12] Pada tahun 2012, terdapat 94 ekor anjing baharu yang didaftarkan, turun daripada 95 ekor pada tahun 2011.[13]

Pada zaman moden, schnauzer gergasi digunakan sebagai anjing polis; dilatih untuk kepatuhan, ketangkasan anjing, penggembalaan, pencarian dan penyelamatan, dan schutzhund; dan ditunjukkan dalam pertunjukan pengakuran.[9][11] Ia juga digunakan untuk carting.[10] Di Eropah, baka ini dianggap lebih sebagai anjing pekerja daripada anjing pertunjukan.[12] Tumpuan dalam banyak kelab schnauzer Eropah tidak begitu banyak pada pertunjukan pengakuran, tetapi lebih pada keupayaan kerja baka ini.[12] Di beberapa negara, termasuk Jerman, anjing mesti mencapai gelaran Juara Schutzhund sebelum dapat menjadi layak untuk menjadi juara pengakuran.[12]

Rujukan

WikiPedia: Schnauzer gergasi http://www.akc.org/breeds/giant_schnauzer/index.cf... https://curlie.org/Recreation/Pets/Dogs/Breeds/Wor... https://www.worldcat.org/oclc/47289437 https://books.google.com/books?id=NKpEIP7u7yQC&q=G... https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/181g02-d... https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/181g02-e... http://www.fci.be/en/Riesenschnauzer-181-new-colou... https://books.google.com/books?id=NqXaduT6Ak0C&q=G... http://www.akc.org/reg/dogreg_stats.cfm https://archive.org/details/howellbookofdogs00pali...